Ibu kucing, maafkan aku sebab tidak dapat menolongmu suatu
ketika dahulu. Aku masih sedih hingga waktu ini setiap kali terkenangkan peristiwa
itu. Pagi subuh yang hening itu, suaramu begitu sayu meminta pertolongan. Kesakitan dan penderitaan jelas diwajahmu kerana sukar untuk melahirkan
anak-anak di dalam perutmu. Tiba-tiba nenekku datang kepadamu dengan penyodok tanah di tangan. Disodoknya kamu dan dilemparkan ke kawasan semak. Aku tergamam
tak terkata melihat nenekku yang tiada rasa belas itu.Faham benar aku dengan sikap
nenekku yang tidak pernah suka aku membela kucing di rumah. Bimbang
dimarah nenek, aku cepat-cepat ke sekolah.. Sepanjang masa di sekolah aku
banyak termenung memikirkan nasibmu. Dalam perjalanan pulang, hatiku berdebar..
Apabila hampir sampai, aku menoleh ke
tempat terakhir kau berada. Hancur luluh hati ini bila melihat jasadmu sudah tidak
bernyawa lagi, pergi bersama anak-anakmu yang belum lahir di bawah panas
matahari terik.. Sedihnya rasa hanya Tuhan saja yang tahu. Ya Allah, ampunkanlah dosa aku. Ampunkanlah
juga dosa nenekku.. Aku masuk ke dalam rumah, menyendiri di dalam bilik sambil
memikirkan segala yang terjadi. Aku redha kerana yang terjadi adalah takdir. Aku masih bersekolah ketika itu dan tidak punya apa-apa, tiada sesiapa selain nenek, tiada
klinik haiwan di kampung aku.. tetapi alangkah baik kalau aku dapat menemanimu
hingga melahirkan anak, atau sampai hayatmu yang terakhir..
Secara purata, kucing menghabiskan masanya 2/3 untuk tidur
setiap hari.Ini bermakna kucing yang berusia sembilan tahun telah terjaga untuk
hanya tiga tahun hayatnya. sumber : facts.randomhistory.com