Tuesday, February 19, 2013

Si Comelku Yang Pertama



Ini adalah post aku yang pertama.. Jadi, aku ingin kongsikan satu cerita yang ringkas tentang kucingku yang pertama. Beberapa tahun dahulu, aku ada kucing bernama Putih (mestilah sebab warnanya putih..hehe), ekornya panjang dan yang pasti ada pada setiap kucing iaitu COMEL! Tidak banyak yang dapat aku ingat tentang kucing itu, sebab ketika itu aku baru berusia dalam 4 tahun. Aku sayang sangat dengan kucing itu. Aku masih ingat lagi, aku hendak minum air.. Air itu di dalam cawan aku letak di atas lantai. Bila nak minum, air itu tiba-tiba sudah habis. Mama aku pun terkejut jugak masa tu, yang ada di situ Cuma Putih. Kami dah tergelak sakan masa tu. Kelakar pula sebab asyik sangat baca buku sampai tak perasan Putih dah minum air tu.

Suatu petang, keadaan kecoh. ayah dan pak cik menggelabah. Aku dengar Putih kena langgar! Jasad putih ada di seberang jalan dalam 50 meter dari rumah. Aku dah menangis semahunya masa tu.  Ayahku pula sangkakan aku menangis kerana nak ikut mereka pergi ambil jasad Putih balik, padahal aku cuma sedih sangat bila tahu yang Putih dah mati.. Jasad Putih ditanam bawah pokok Ciku kat sebelah rumah. Itulah kali terakhir aku menatap wajah comel Putih.. Walaupun  pokok ciku itu sudah lama ditebang, setiap kali aku terpandang tunggulnya mesti teringat Putih. Itu saja memori yang aku ada dengan Putih. Setiap kali teringatkan putih setiap kali itu aku ketawa diiringi air mata.